Tuesday, July 3, 2007

Kenapa tidak cepatkan pilihan raya?

Pembangkang menjangka pilihan raya umum akan diadakan tahun ini, barangkali pada bulan Ogos? Betulkah? Saya cuba bertanya mereka yang tidak tahu tapi berpura-pura tahu. Kata mereka pilihan raya akan diadakan selepas April tahun depan, selepas Anwar Ibrahim layak bertanding.

Kenapa begitu? Kata mereka, BN mahu pukul Anwar, kasi dia kalah dan karier politiknya terus padam.

Kata saya, kalau begitu baiklah diadakan pada tahun ini. Ekonomi masih OK dan kakitangan kerajaan sudah dapat gaji baru.

Dan faktor Anwar tidak berbangkit kerana bekas TPM itu sudah hilang kuku dan taring. Dia jadi pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat yang juga sudah hilang kuku dan taring. Sebab itulah ramai pemimpin PKR keluar. Terbaru Ezam dan Abdul Rahman Othman.

Dia bekerja kuat semasa PKR bertanding di Ijok. Calonnya Khalid Ibrahim tetap kalah. Sebelum itu Anwar cuba bantu DAP di Machap, pun DAP kalah juga. Anwar sekarang bukan lagi Anwar semasa dalam ABIM dan UMNO dulu.

Apa yang Pak Lah hendak risaukan. Inilah masa yang paling sesuai untuk adakan pilihan raya. Kalau tunggu lama-lama, kakitangan kerajaan pun mungkin terlupa mereka dapat gaji baru. Mereka mungkin terlupa sebab harga barang semakin naik.

Barangkali ada percaturan lain. Mungkin selepas kes pembunuhan Altantuya selesai.

No comments: